loading...
Dulu aku suka pakai pakaian ketat-ketat. Aku rasa bila nampak bentuk tubuh, aku rasa aku cantik. Kalau boleh, baju kurung itu buarlah ketat sampai tak ada ruang langsung. Bila nak duduk, angkat baju tak nak bagi kedut. Baju tak jatuh, sebabnya baju ketat sangat.
Ya, memang cantik. Cantik untuk pandangan nafsu lelaki. Bila lalu, lelaki duk memanggil, menjeling. Kita pun perasaanlah ingat kita cantik. Tetapi sebenarnya tidak. Tidak sama sekali. 'Benda free' tengok sajalah. Maka tiadalah nilai kita di mata mereka.
Tetapi bila aku fikir balik, buat apa aku nak tayang body? Free pula tu, dosa pun dapat. Rasa malu bila mengingatkan kembali cara pemakaian dulu. Gambar-gambar berpakaian ketat semua aku dah delete. Aku tak nak anak-anak aku tengok betapa jahilnya mak dia dulu.
Sekarang, aku mula berjubah. Baju-baju kurung semua kena jahit baru. Aku mula berstokin, bersarung lengan (semoga aku istiqomah) sebab aku tahu muatiara dengan kaca itu berbeza nilainya.
Bila aku tengok remaja-remaja perempuan berpakaian ketat langsung aku tak pandang hina dia. Cuma aku terdetik hati,
"Ya Allah, berikanlah dia hidayahMu..."
Hidayah Allah datang tanpa diduga. Ingatlah manusia, jangan kita merasa diri ini suci dengan menjahilkan orang kerana kita hanya tahu pengawalannya. Pengakhirannya hanya Allah dan dia sahaja yang tahu. Mungkin nanti kau penyebab aku masuk syurga. Moga kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Amin.
loading...