Kebaikan Lelaki Cina Ini Belanja Makan Keluarga Susah Untuk Berbuka Mendapat Perhatian ORG DI DALAM RESTOREN TERSEBUT

loading...
TERHARU MELIHAT SEORANG INSAN BUKAN ISLAM BEGITU PRIHATAN TERHADAP KELUARGA INI BILA TIBA WAKTU BERBUKA..INI MEMBUAT SELURUH ORG DLM RESTOREN ITU TERKEJUT
Contoh yang baik untuk kita semua. Jangan berkira dalam perihal bantu-membantu sesama manusia.
2 HARI SEORANG CINA GUY MUAT NAIK 1 ENTRI DI FB,,,!!! DIA CERITA  8 ORNG 



Kebaikan Lelaki Cina Ini Belanja Makan Keluarga Susah Untuk Berbuka Mendapat Perhatian Netizen
Tak salah untuk membantu sesama insan kan? Tanpa mengira bangsa, warna kulit, bahasa yang digunakan, mahupun Tuhan yang berbeza.
Kita diajar untuk melakukan kebaikan kepada setiap ciptaan Illahi.
2 hari lepas, Kuan Chee Heng memuat naik satu entri di Facebook yang menceritakan bagaimana sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu dan 8 orang anak hidup dalam keadaan gelap gelita api dipotong dan air dipotong. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam dan mereka masih belum berbuka kerana tiada makanan.
Ini konteks asal yang dikongsi di Facebook Wake Up Malaya yang mendapat perhatian ramai netizen.
Seorang lelaki bernama Kuan Chee Heng kini menjadi sebutan rakyat Malaysia selepas gambarnya memberi makan kepada sebuah keluarga susah untuk membuka puasa, tersebar menjadi viral di laman Facebook.
Dalam status yang dimuat naik, Kuan memberitahu, terdapat seorang ibu bersama lapan orang anaknya masih belum berbuka puasa meskipun jam sudah menunjukkan pukul 8.3o malam.
“Lapan adik beradik ditinggal ayah bersama ibu. Hidup dalam gelap gelita api dipotong dan air dipotong.
“Jam sudah 8.30 masih belum berbuka sebab tiada apa yang boleh di makan. Saya menjemput mereka semua untuk makan. Bantulah mereka kerana keadaan mereka yang sangat memerlukan,” ujarnya.
Walaupun berlainan agama dan bangsa, sifat yang prihatin dan ikhlas yang ditonjolkan Kuan menyentuh hati ramai.
Rata-rata netizen khususnya memuji tindakan yang beragama Islam memuji tindakan lelaki ini.
Gambar yang dikongsi Kuan juga menunjukkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh hidup aman damai dan harmoni.
Tidak sampai 24 jam dimuat naik, status Kuan telah mendapat hampir 30,000 likes dan lebih 15, 000 shares.
Dalam perkembangan terbaru, susulan insiden ini menjadi viral, Kuan memberitahu, pemilik rumah yang disewa keluarga susah ini memberi tempoh masa untuk keluarga ini tinggal sehinggalah mereka mendapat rumah zakat.
Selain itu, bil air dan api rumah keluarga ini akan dilangsaikan setelah mereka mendapat kutipan zakat.
Kesusahan keluarga ini turut mendapat perhatian Zakat Selangor yang berjanji akan memberi bantuan secepat mungkin.
loading...

0 Response to "Kebaikan Lelaki Cina Ini Belanja Makan Keluarga Susah Untuk Berbuka Mendapat Perhatian ORG DI DALAM RESTOREN TERSEBUT"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close