Neelofa jumpa pengamal perubatan akibat kena sihir??

loading...


Sekeping gambar yang menunjukkan artis cantik Neelofa sedang mendapatkan rawatan Islam, kini menjadi perbalahan dikalangan netizen.

Gambar terbabit dimuatnaik oleh artis berkenaan didalam laman sosial Instagram miliknya sendiri.

Didalam gambar berkenaan, Neelofa mendapatkan rawatan Islam di Darul Syifa bersama Ustaz Haron Din.

Tidak dapat dipastikan untuk apa artis berkenaan melakukan rawatan, tetapi netizen beranggapan beliau mungkin membuang sihir.

Ramai peminat Neelofa mengecam gambar terbabit dan menyifatkan ianya tidak sesuai dipertontonkan kepada umum kerana ianya adalah bersifat peribadi.

Seorang netizen yang menggunakan nama Lonely_surina berpendapat, perkara berkenaan tak harus ditayang kepada umum kerana ia mungkin memudaratkan si perubat.

Ada juga yang menyindir artis berkenaan yang dikatakan mahu mencari publisiti murahan dengan menayangkan gambar tersebut.

Apapun, tindakan Neelofa yang mendapatkan rawatan itu mengundang tanda tanya sama ada beliau benar-benar sakit ataupun sekadar bersandiwara sahaja.
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close