loading...
Rakaman Video VIRAL Kejadian Wanita Ini Terpaksa BELAH PERUT Makciknya Sendiri Kerana….. | Seorang wanita terpaksa membelah perut ibu saudaranya yang mati semasa dalam perjalanan ke hospital bagi melahirkan anak kembar yang masih hidup selepas doktor enggan melakukan pembedahan.
Wanita warga Cameroon terbabit yang identiti dan usianya masih tidak diketahui meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital tetapi anak kembar dikandungnya masih hidup dan bergerak di dalam rahimnya.
Doktor dan jururawat enggan membedahnya kerana dia tidak mempunyai wang meskipun nyawa dua bayi itu semakin terancam.
Anak saudaranya terpaksa menggunakan pisau untuk membelah perut mangsa di depan doktor dan jururawat berkenaan, di luar hospital dalam keadaan cuaca panas terik kerana mereka enggan membenarkan mayat mangsa dibawa masuk.
Akibatnya, tempat pembedahan dilakukan dipenuhi darah dan kakitangan hospital terpaksa mencuci kawasan berkenaan selepas mayat mangsa dibawa pergi. KREDIT MEDIA SENSASI. Boleh tengok video saat cemas tu di sini.
loading...